KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA ini telah ditubuhkan pada 4hb December 2013 dan ianya telah di anggotai oleh ramai anak-anak belia yang berkaliber serta yang mempunyai motivasi yang tinggi serta berinovatif dan berfikiran positif didalam mematangkan perjalanan kehidupan mereka. Berpusat di Keramat Setiawangsa Kuala Lumpur dan sedang rancak melakukan pelbagai aktiviti bagi memenuhi jadual yang tersedia ada.
PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB
President / Pengasas KEBAS
Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.
Mengayuh perahu menuju ke muara
Perahu diisi penuh sarat
Buktikan pada masyarakat dan negara
Wawasan belia wawasan bermanfaat
Buah kuini ranum mengharum
Isinya kuning manis rasanya
Bersatulah belia segala kaum
Satu Malaysia gagasannya berjaya!
Sekian, terima kasih
"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"
Ikhlas dari saya,
Sekian.
Friday 26 September 2014
WALIMATULURUS LEE & NURUL
MAJLIS PERKAHWINAN MUHAMAD ZULFAZLI BIN MOHD JAMALUDDIN
&
NURULSHEILAWATI ASMAH BINTI MOHAMMAD ZAIN
Tarikh : 11hb September 2014
Tempat : Kelantan Darul Naim
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mempelai, yang mana mereka berdua juga adalah merupakan anak-anak belia KEBAS. Kedua-duanya telah selamat di ijabkabulkan di Manik Urai Kelantan pada September yang lalu. Sebahagian besar dari kalangan ahli belia kami telah turun bersama ke Kelantan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Wahh!! lepas ni belia kami akan ada cuculah yer .. hehehe
Jom kita lihat gambar-gambar kegembiran kedua-dua mempelai..SELAMAT PENGANTIN BARU !!
No comments:
Post a Comment