SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI YA..TERIMA KASIH
KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS): April 2016
SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YER .. TERIMA KASIH

PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB

President / Pengasas KEBAS

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.


Mengayuh perahu menuju ke muara

Perahu diisi penuh sarat

Buktikan pada masyarakat dan negara

Wawasan belia wawasan bermanfaat


Buah kuini ranum mengharum

Isinya kuning manis rasanya

Bersatulah belia segala kaum

Satu Malaysia gagasannya berjaya!


Sekian, terima kasih

"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"


Ikhlas dari saya,


Syakiella Hashim
President / Founder

Kelab Belia Angkatan Satria



Sekian.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday 29 April 2016

PROGRAM MENGIMARAHKAN MASJID

Alhamdulillah,selesailah sudah majlis kesyukuran beserta tahlil yg tlh pun berjaya dilaksanakan oleh ank2 Kelab Belia Angkatan Satria dgn bimbingan dn tunjuk ajar dr Pengasas kelab ini. Jutaan penghargaan kami ucapkan kpd Yg Mulia Tengku Roshni Tengku Dato Hj Abdul Hamid Ibni Almarhum Sultan Abdullah krn turut sama meraikan majlis. Terima kasih juga kpd imam surau al syakirin wangsa keramat yg tlh turut sama menyempurnakan majlis. Syukur alhamdulillah dgn keberkataan dn keredhaan Allah swt,majlis kami ini tlh pun berjaya dilaksanakan dgn lancar dan sempurna. Terima kasih juga kpd encik abdul ghaffar sekeluarga dgn hidangan nasi ayam yg sememangnya sedap dn lazat. Terima kasih kpd ank2 belia KEBAS yg tlh turut sama memeriahkn majlis kesyukuran ini. Semoga apa yg ingin dilaksanakan pd masa2 hadapan akan dipermudahkan serta mendpt keberkatan dari-NYA..in shaa Allah..amiinn.
Sama2lah kita mengimarahkan masjid/surau..















Wednesday 20 April 2016

MESYUARAT AGUNG KELAB

Alhamdulillah selesailah sudah mesyuarat pd kali ini. Jutaan penghargaan kpd President yg juga merupakan pengasas kelab iaitu Puan Syakiella Hashim dan Pengerusi kelab Encik Saiful Azril dgn perkongsian agenda mesyuarat pd kali ini. Begitu bnyk perancangan dn perlaksanaan yg tlh dirancangkan bagi mengerakkan jentera2 muda ini. Semoga apa yg tlh dibincangkan itu akan dpt dilaksanakan dgn jayanya in shaa allah. Kpd ahli2 yg tlh meluangkan masa pd kali ini admin mengucapkan syabas dn juga tahniah diatas komitment jitu yg tlh diberikan. Jadilah belia yg disegani dn disygi. Andalah juga yg akan menentukan negara kita dimasa hadapan!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ 2014 K.E.B.A.S. ALL RIGHT RESERVED