SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI YA..TERIMA KASIH
KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS): September 2014
SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YER .. TERIMA KASIH

PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB

President / Pengasas KEBAS

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.


Mengayuh perahu menuju ke muara

Perahu diisi penuh sarat

Buktikan pada masyarakat dan negara

Wawasan belia wawasan bermanfaat


Buah kuini ranum mengharum

Isinya kuning manis rasanya

Bersatulah belia segala kaum

Satu Malaysia gagasannya berjaya!


Sekian, terima kasih

"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"


Ikhlas dari saya,


Syakiella Hashim
President / Founder

Kelab Belia Angkatan Satria



Sekian.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday 29 September 2014

SEPETANG BERSAMA YB SETIAWANGSA

SEPETANG BERSAMA YB SETIAWANGSA
Tarikh : 20hb April 2014
Tempat : Gelanggang Futsal Kuang Keramat



Pada tarikh ni sebenarnya telah diadakah kejohanan terbuka futsal wanita yang bertempat di Kuang Keramat. Pengerusi dan Puan Penasihat KEBAS telah di undang untuk minum petang bersama YBhg Dato' Ahmad FAuzi Bin Hj Zahari pada petang itu sebelum penutupan kejohanan dilakukan beliau.

Terbaeklah apabila KEBAS sekali lagi diundang untuk pelbagai acara. Terima kasih YB .. 

MAKAN-MAKAN DITERATAK BONDA

 MAKAN-MAKAN DITERATAK BONDA




Jangan tak tahu uols, setiap dari ahli dikelab kami ini sudah kami anggap seperti saudara kandung sendiri, jadi apa sahaja aktiviti diantara kami sering kami jalankan bersama-sama. Cer tengok gambar nih, semuanya berkumpul sekali kan?? macam bestttt jer, macam nak joinn jer!! ahahahhah tau dahhh... memang best pun ulos .. kalau rasa nak bersama dengan kami, jom lah kita isi borang kelab belia ini.. Pendaftaran Adalah Percuma uolssss !!!

KARAOKE & SANTAI

SANTAI CARA KEBAS ..
Tarikh : 26hb September 2014
Tempat : Firezone Setapak..VVIP 106

Jom kita jelajah gambar-gambar ni, hah kalau uols nak tahu, ini adalah juga salah satu dari cara kami meluangkan masa bersama..apa lagiiii ...berkaraoke lahhh. Dari sini juga terkeluarlah bakat-bakat terpendam yang ada di dalam diri masing-masing. Dan secara kebetulannya pulak, pada hari kami bersantai ni, kami sempat juga menyambut hari lahir ahli kelab kami iaitu saudari Farra dan Kiki.

Sambutan sempoiii ni, kami adakan di Firezone Setapak Kuala Lumpur .. wahhh kemain lagi mereka bernyanyi ..  ;) wink wink







Friday 26 September 2014

PROGRAM BELIA DI KAMPUNG PANDAN

PROGRAM BELIA DI KAMPUNG PANDAN
Tarikh : 12hb April 2014


ini adalah gambar program dimana kami telah diundang untuk bersama-sama belia yang lain memeriahkan majlis kesukanan mereka. Bukan main bersemangat lagi para belia kami menyarungkan baju kelab KEBAS ini, sampai bergambar pun berfesyen bagai..hahahh.. terbaekkk wokkk...

YBhg Dato' Ahmad Fauzi juga turut merasmikan majlis tersebut. Kelihatan Dato' sedang melihat para ahli kami yang sedang berlawan bermain catur..cer teka siapa menang??? yeahhhhh !!!! tentulah dari kelab kami ....yeayyyyyyyy ... clap clap clap untuk diri sendiri .... :)


PROGRAM CERAMAH PERDANA BERSAMA USTAZ KAZIM

 PROGRAM CERAMAH PERDANA BERSAMA USTAZ KAZIM
Tarikh : 27hb April, 2014
Tempat : Sekolah Kebangsaan AU Keramat Kuala Lumpur


cer uols tengok gambar siapa yang ada kat dalam ni...heheheh hah kannnnn... siapa lagi kalau bukan Ustaz Kazim yang di sayangi semua..Kelab belia kami juga telah turut membantu Persatuan Penduduk Setiawangsa bagi menyediakan segala peralatan serta kemudahan yang diperlukan pada majlis program itu nanti. 

Perhatikan betul-betul gambar diatas, rajinkan anak-anak belia KEBAS??... (thumbs up genggg) ... semangat macam ini lah yang kami inginkan ... korang setuju tak?? yeszzaaa 

PERASMIAN KOMPLEKS MSN SETIAWANGSA KUALA LUMPUR Tarikh : 14hb June 2014

PERASMIAN KOMPLEKS MSN SETIAWANGSA KUALA LUMPUR
Tarikh : 14hb June 2014
Dirasmikan Oleh : YBhg Encik Khairy Jamaluddin


YBhg Encik Khairy Jamaluddin di majlis perlancaran Kompleks MSN Setiawangsa.


Hamboiiiiii... bukan main hebat lagi apabila YB pun turut sama nk jadi abang sadoo.. hehehheeh.. walaubagaimana pun YB Dato' Ahmad Fauzi adalah seorang yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada kelab belia kami, dan kamu juga sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk semua yang ada. Hidup KEBAS!! 



Jom kita intai-intai gambar ni, dimana ada YB disitu ada KEBAS.. hah boleh gitewww?? ahaks! PPP Setiawangsa juga berkenan untuk mengadakan perlawanan persahabatan futsal bersama KEBAS... wahh tunggu untuk melaksanakannya aje ... ayohhh genggg kita meramaikan padang!!


kalau uols pandaiiii, cuba uols teka siapakah wanita yang duduk ditengah-tengah bersebelahan dengan Puan Penasihat KEBAS tu?? hah! tau tak siapa tu?? ish ish ish ...takkan lah tak kenal kotttt... kalau uols rajin menyelak ahli-ahli politik yang selalu bergandingan dengan isterinya, mesti uols tahu. Hurmmmm... tak tau juga??! eeuuuwww .. sedeyyyyy...

oklah saya bagi tau yer, yang bersebelahan dengan Puan Penasihat KEBAS itu adalah isteri kesayangan kepada YBhg Dato' Ahmad Fauzi, Ahli Parlimen Setiawangsa.. nama isteri beliau adalah Datin Natilah Ahmad. Uols jangan tak tahu, datin adalah diantara yang selalu menyokong kegiatan Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS). Beliau banyak memberikan galakan serta sokongan kepada anak-anak kelab kami. Amacam?? cantikkan datin?? seorang yang sempoi, humble, tidak sombong malah suka berkongsi ilmu. 

Yang disebelah datin tu pula adalah Setiausaha Sulit Parlimen Setiawangsa.. seorang yang peramah serta tidak lekang dengan senyum.. memang sempoi dan best sangat kalau dah kenal lama dengan beliau. OOppsss.. lupa pulak..nama beliau adalah Puan Molly..panggil kak molly pun boleh, sempoiiiii.. ;) wink wink

PROGRAM MENCUCI MASJID ABU UBAIDIAH

PROGRAM MENCUCI MASJID ABU UBAIDIAH
Tempat : Masjid Abu Ubaidiah
Tarikh :15hb June 2014



wahhh.. seronok mereka ni dengan tugasan yang telah diberikan. Terima kasih juga kepada Tuan Pengerusi Masjid Abu Ubaidiah yang telah turut sama menjalankan kerja amal ini beserta dengan ahli-ahli masjid yang lain.. sempat berselfie lagi tuuu ... omakaiiiii ....

PROGRAM KEMBARA MAYBANK ISLAMIK 2014

PROGRAM KEMBARA MAYBANK ISLAMIK 2014
Tempat : Masjid Abu Ubaidiah
Tarikh : 21hb June 2014


Alhamdulilah... sekali lagi kami di undang oleh Masjid Abu Ubaidiah untuk menjalankan kerja-kerja amal, tapi uolss kali ini program ini telah dianjurkan oleh Masjid tersebut bersama dengan Institusi Kewangan iaitu Maybank. 

Program ini dilaksanakan dengan jayanya, kami juga turut membantu mengagihkan sumbangan seperti barangan keperluan kepada mereka yang telah layak menerimanya. Seronok dapat lihat mereka tersenyum setelah pembahgian diagihkan. Selesai sahaja program itu, apa lagiii... sempat juga Tuan Pengerusi beramah mesra dengan Pengerusi Masjid dan Dato' sebelum gambar kami snap. Terbaekkk tuuuu ..

WALIMATULURUS LEE & NURUL

MAJLIS PERKAHWINAN MUHAMAD ZULFAZLI BIN MOHD JAMALUDDIN
NURULSHEILAWATI ASMAH BINTI MOHAMMAD ZAIN
Tarikh : 11hb September 2014
Tempat : Kelantan Darul Naim

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mempelai, yang mana mereka berdua juga adalah merupakan anak-anak belia KEBAS. Kedua-duanya telah selamat di ijabkabulkan di Manik Urai Kelantan pada September yang lalu. Sebahagian besar dari kalangan ahli belia kami telah turun bersama ke Kelantan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Wahh!! lepas ni belia kami akan ada cuculah yer .. hehehe 





Jom kita lihat gambar-gambar kegembiran kedua-dua mempelai..SELAMAT PENGANTIN BARU !! 

PROGRAM MENCUCI MASJID AL HIDAYAH TAMAN MELAWATI

PROGRAM MENCUCI MASJID AL HIDAYAH TAMAN MELAWATI
Tempat : Masjid Al Hidayah
Tarikh : 6hb April, 2014



 Perlaksanaan Program ini telah di laksanakan bersama Rukun Tetangga Taman Melawati beserta ahli Jemaah Masjid Al Hidayah Taman Melawati dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang. Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) adalah antara kelab belia yang telah dipanggil untuk turut sama melaksanakan program amal tersebut. 

Gambar : Sebelum kerja-kerja pembersihan dijalankan, ahli telah dijamu dengan sarapan pagi oleh Masjid Al Hidayah.

Kelihatan kesemua yang telah turut serta melakukan kerja amal ini sedang menjalankan tugasan masing-masing yang telah diberi. Sesungguhnya, ianya merupakan suatu ibadah bagi sesiapa sahaja yang memakmurkan masjid yakni rumah Allah, dan ada ganjaran juga menanti bagi sesiapa juga yang mengisi isian dalamnya. Para wanita juga kelihatan turut serta membersihkan kawasan dalaman Masjid.

Sebelum berakhir program amal kali ini, kami sempat merakamkan gambar bersama ahli-ahli yang terlibat dengan program pada kali ini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

PROGRAM KESEDARAN GST

PROGRAM KESEDARAN GST
Tempat : Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Tarikh : 15hb September 2014

 


Alhamdulillah.. Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) telah bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk mengadakan Program mengenai GST. Apakah itu GST?? hah..pasti ada yang tidak tahu bukan??.. heheheh.. Program sebegini sebenarnya amat baik bagi seluruh warga samada yang masih bersekolah, bekerja tua mahupun muda. Apabila perincian secara telus telah dapat disampaikan kepada seluruh warga, maka tidak akan timbul lah kekacauan mengenai isu yang cuba di sampaikan. Lebih baik kita mempelajari sesuatu itu dari sumber yang sahih dari tidak mempelajarinya langsung, kemudian membuat onar didalam negara sendiri, ish ish ish .. itu adalah sesuatu yang tidak bagus dan tidak elok diamalkan.

Program ini telah memberi kesedaran kepada mana-mana pihak yang tidak memahami akan apa itu GST, tetapi setelah mengikuti program ini, barulah mereka faham serta sedar akan kepentingan GST serta faedah yang terbaik yang terselit disebali perkataan GST itu. Uols dah dengan ke penerangan mengenai GST?? kalau masih tak faham mahupun tak tahu..jom hubungi kami untuk kami lebarkan pengetahuan ini ke tempat  uols ... Talian kami sentiasa terbuka ..email kami untuk info lanjut yer uolsss !! .. ydpkebas@yahoo.com

PROGRAM MENGEDARKAN BUBUR LAMBUK

PROGRAM MENGEDARKAN BUBUR LAMBUK
Tempat : Setiawangsa Kuala Lumpur
Tarikh : 20hb July 2014


Kelihatan anak-anak belia KEBAS sedang sibuk membuat persiapan untuk menyediakan bubur lambuk yang akan di edarkan sebelum berbukanya puasa nanti. Program ini telah dilaksanakan setelah mendapat kata sepakat didalam mesyuarat khas yang telah di adakan bersama AJK Tertinggi KEBAS serta semua ahlinya. Peruntukan program ini didapati dari hasil anak-anak belia itu sendiri dan juga beberapa sumbangan yang berupa beras serta bahan-bahan kering dari orang perseorang, juga dari IBAR Group dan juga dari Kumpulan Rocker Otai Tanahair iaitu Kumpulan LAN GAMMA & THE SUPERMEN.

Resepi membuat bubur lambuk ini juga sebenarnya adalah hasil air tangan dari Puan Penasihat dan turut di bantu oleh anak-anak belia yang lain. Kelihatan mereka sedang sibuk mengacau ramuan tersebut. Tuan Pengerusi juga turun padang uolsss ...


Setelah siap dimasak, bubur lambuk tersebut terus dimasukkan kedalam bekas yang telah siap dilekatkan logo kelab kami (KEBAS) dan ianya siap untuk diedarkan. Kelihatan didalam gambar, anak-anak belia kami turut mengedarkan bubur tersebut bersama wakil dari exco pemuda UMNO Setiawangsa. Alhamdulillah, tertunailah sudah program yang dirancangkan itu.. amiinn.

Thursday 25 September 2014

KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA 2014

KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA 2014

Tempat : Gelanggang Terbuka Futsal Setiawangsa KL
Tarikh : 19hb April 2014
Anjuran : Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS)


Buat julung kalinya setelah tertubuhnya kelab belia ini, ianya telah berani membuka langkah dengan mengadakan kejohanan futsal terbuka bersama anak-anak belianya. Kelihatan belia KEBAS sedang membuat persiapan kejohanan yang akan berlangsung.


Kejohanan ini juga telah di rasmikan oleh YB Dato' Ahmad Fauzi Bin Haji Zahari dan secara langsung juga Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) telah di rasmikan. Pada hari kejohanan tersebut beberapa exco pemuda juga telah diundang begitu juga dengan ustaz Nazri dari Masjid Abu Ubaidiah yang telah turut sama di undang untuk membacakan doa perasmian supaya mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah swt.



Berikut adalah gambar beberapa perserta yang turut mengambil bahagian dikejohanan futsal yang telah diadakan.


Dikejohanan ini juga YB telah berkesempatan beramah mesra dengan para remaja. Beliau telah membuat satu tendangan ala-ala pemain futsal sebagai pembukaan rasmi kejohanan tersebut. Memang handal juga YB bermain futsal :)

Jamuan ringan juga turut disediakan oleh para belia KEBAS. Sebelum berangkat pulang Kelab kami telah berbesar hati menghadiahkan sedikit cenderamata untuk YB diatas kesudiannya merasmikan kelab ini. Terima kasih YB!! 


Gambar peserta sedang memanaskan badan sebelum acara bermula dan sebahagian lagi sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi JUARA dikejohanan ini. Syabas buat semua peserta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ 2014 K.E.B.A.S. ALL RIGHT RESERVED