SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI YA..TERIMA KASIH
KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS): March 2015
SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YER .. TERIMA KASIH

PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB

President / Pengasas KEBAS

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.


Mengayuh perahu menuju ke muara

Perahu diisi penuh sarat

Buktikan pada masyarakat dan negara

Wawasan belia wawasan bermanfaat


Buah kuini ranum mengharum

Isinya kuning manis rasanya

Bersatulah belia segala kaum

Satu Malaysia gagasannya berjaya!


Sekian, terima kasih

"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"


Ikhlas dari saya,


Syakiella Hashim
President / Founder

Kelab Belia Angkatan Satria



Sekian.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday 1 March 2015

PROGRAM RIADAH MENAIKI GUNUNG TELAPAK BURUK

PROGRAM RIADAH MENAIKI GUNUNG TELAPAK BURUK

Satu xpdc telah dilakukan bersama belia KEBAS diJelebu telah dijayakan dengan baik sekali. Program yang telah dirancangkan dengan kemas ini telah berlangsung selama sehari. Setelah selesai mendaki gunung tersebut, kami juga telah mengadakan program sukan bersama belia di Felda Titi bagi memenuhi waktu-waktu yang tersedia ada. Alhamdulillah program telah dijayakan dengan jayanya. Terima kasih kepada ahli KEBAS kami dari Jelebu kerana telah berjaya mengaturkan program seawal pagi hingga ke akhirnya.






















KEBAS & GALAXY TV9

Satu kenyataan telah pun dibuat berhubung dgn isu penipuan yang terjadi didalam Kelab Belia kami, dimana setelah sebuah program dijalankan, kutipan hasil dari program yang kami laksanakan itu tidak sampai ke meja akaun kami. Dan ianya telah didalangi oleh seseorang yang dipercayai. Oleh kerana tidak mahu ianya terus menular kepada belia-belia yang lain, kami telah tampil kehadapan bersama dengan laporan polis yang telah dibuat dan ianya juga telah kami paparkan di media elektronik serta media-media massa agar menjadi pengajaran kepada persatuan-persatuan yang lain supaya tidak ditipu oleh orang-orang yang sebegini. Terima kasih kepada pemberita yang mengambil liputan serta peka dengan gejala-gejala yang boleh merosakkan minda belia ini.



















JOM TENGOK BOLA!!




















KEMBARA MAYBANK ISLAMIK 2014

TARIKH : 21 JUNE 2014
TEMPAT : MASJID ABU UBAIDIAH


Berbual bersama DAto' Mohd Hanif Suadi 






Pengerusi KEBAS Encik Saiful Azril bersama Pengasas KEBAS Puan Syakiella Azril bergambar bersama Dato' Mohd Hanif Suadi iaitu Senior Executive Vice President Maybank dan juga bersama Pengerusi Masjid Abu Ubaidiah  Tuan Haji Abdullah. 

Berikut adalah gambar menunjukkan dimana pada Ramadhan Al Mubarak bagi tahun 2014 yang lalu, KEBAS telah diundang oleh Masjid Abu Ubaidaih untuk turut sama membantu memberikan sumbangan zakat kepada fakir miskin serta OKU yang tinggal di kawasan berhampiran dan ianya telah berlangsung di Masjid tersebut. Kelihatan adalah gambar ahli Kelab Belia Angkatan SAtria telah bersama embantu mengangkat barangan serta membantu mereka yang kuran berupaya untuk menerima sumbangan yang diberikan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ 2014 K.E.B.A.S. ALL RIGHT RESERVED