SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI YA..TERIMA KASIH
KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS): 2015
SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YER .. TERIMA KASIH

PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB

President / Pengasas KEBAS

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.


Mengayuh perahu menuju ke muara

Perahu diisi penuh sarat

Buktikan pada masyarakat dan negara

Wawasan belia wawasan bermanfaat


Buah kuini ranum mengharum

Isinya kuning manis rasanya

Bersatulah belia segala kaum

Satu Malaysia gagasannya berjaya!


Sekian, terima kasih

"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"


Ikhlas dari saya,


Syakiella Hashim
President / Founder

Kelab Belia Angkatan Satria



Sekian.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday 13 December 2015

PROGRAM BOWLING PIALA IRINGAN DATO SERI SITI ZURAIDA ALIAS

PROGRAM BOWLING PIALA IRINGAN DATO SERI SITI ZURAIDA ALIAS

Program anjuran kebas ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelbagai golongan. Ianya telah di rasmikan oleh YB Datuk Dr Abu Bakar Bin Mohd Diah yang juga merupakan Timbalan Menteri Kementerian SAins Teknology dan Inovasi (ahli parlimen Tangga Batu Melaka). Program yang bertempat di Wansa Bowls, Wangsa Walk Mall Kuala Lumpur ini telah turut disertai oleh pemimpin, media, seniman, artis, belia serta masyarakat setempat. Ianya telah turut diserikan lagi dengan kehaidran VVIP Kehormat iaitu Datuk Mohd Shahrizan Bin Che Mat din (Pengerusi Sime Darby) berserta isteri Datin Hasnydza Bte hassan, Dato Ahmad Fitri Bin Abd Mutalib (ahli lembaga pengarah KKWB), Dato Seri Dr Mohd Azman (President Kelab Ferrari), Encik Tuah Bin Jani (Pusaka Gayong Malaysia), YB  Dato Ahmad Fauzi Bin Zahari (ahli parlimen Setiawangsa) beserta pembantunya Encik Hussin, Dato Seri Paduka Sally, Dato Mazlan (Lan Gamma), Tok Wan Ku Malim, NGO BERSEKUTU dan lain-lain. Tahniah buat pengasas kelab dan juga pengerusi nya yang telah berjaya menganjurkan program yang menghiburkan ini.











YB Dato Ahmad Fauzi














Artis Jemputan Dari Indonesia Hengky Hepon

Dif Kehormat













Pemenang Bersama Hamper





Artis Ifa Raziah

Artis Fazli Zainal









AJKT KEBAS





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ 2014 K.E.B.A.S. ALL RIGHT RESERVED