SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI YA..TERIMA KASIH
KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS): PENGERUSI KEBAS
SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YER .. TERIMA KASIH

PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB

President / Pengasas KEBAS

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.


Mengayuh perahu menuju ke muara

Perahu diisi penuh sarat

Buktikan pada masyarakat dan negara

Wawasan belia wawasan bermanfaat


Buah kuini ranum mengharum

Isinya kuning manis rasanya

Bersatulah belia segala kaum

Satu Malaysia gagasannya berjaya!


Sekian, terima kasih

"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"


Ikhlas dari saya,


Syakiella Hashim
President / Founder

Kelab Belia Angkatan Satria



Sekian.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

PENGERUSI KEBAS


Asalammualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi Allah swt dengan limpah kurniaNya, tertubuhlah KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS). Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penaung/Penasihat KEBAS Puan Syakiella Azril kerana sudi dan berbesar hati untuk bersama-sama merealisasikan impian belia. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua ahli-ahli KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS) kerana sudi bersama-sama mengorak langkah, berdaya saing dan bersungguh-sungguh untuk melihat perubahan serta ingin berada ditakuk yang lebik baik kehadapan. 

Saya berasa terharu dan bangga melihat golongan-golongan belia yang mempunyai semangat kental dan berwibawa ingin turut serta didalam setiap program yang KEBAS anjurkan. Dengan wujudnya KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS) saya dapat melihat dengan jelas bahawa golongan-golongan belia juga inginkan perhatian dari semua agensi-agensi kerajaan dan sektor-sektor swasta, mereka juga adalah bakal-bakal pemimpin yang akan memimpin negara satu masa kelak. Kelab ini juga akan mengadakan program-program yang bermanfaat serta boleh diguna pakai apabila para belia berada didalam kerjaya masing-masing kelak, ianya juga merupakan satu platform untuk para belia menghindarkan diri dari gejala-gejala negatif, menunjukkan bakat-bakat dan kelebihan yang mereka ada, mendidik setiap ahli supaya sentiasa berada dilandasan yang tepat, memupuk sikap kekeluargaan dan taat setia kawan dan mencungkil bakat-bakat baru yang dimiliki oleh setiap ahli untuk membantu mereka mencapai impian mereka.

Akhir kata dari saya, bangkitlah belia supaya tidak leka dengan mimpi-mimpi dunia ketika ini yang terlalu sukar untuk bersaing dan saya sarankan kepada semua ahli supaya gunakanlah platform KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS) sebagai satu destinasi untuk anda menuju kedestinasi yang anda ingin tujui, tanpa ahli-ahli semua siapalah KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS).

Sekian, terima kasih.


Saiful Azril Bin Shariff
Pengerusi
Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS)



Terima Kasih Kerana Mengikuti Kami

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ 2014 K.E.B.A.S. ALL RIGHT RESERVED