SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI YA..TERIMA KASIH
KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS): PROGRAM MENGEDARKAN BUBUR LAMBUK
SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YER .. TERIMA KASIH

PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB

President / Pengasas KEBAS

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.


Mengayuh perahu menuju ke muara

Perahu diisi penuh sarat

Buktikan pada masyarakat dan negara

Wawasan belia wawasan bermanfaat


Buah kuini ranum mengharum

Isinya kuning manis rasanya

Bersatulah belia segala kaum

Satu Malaysia gagasannya berjaya!


Sekian, terima kasih

"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"


Ikhlas dari saya,


Syakiella Hashim
President / Founder

Kelab Belia Angkatan Satria



Sekian.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday 26 September 2014

PROGRAM MENGEDARKAN BUBUR LAMBUK

PROGRAM MENGEDARKAN BUBUR LAMBUK
Tempat : Setiawangsa Kuala Lumpur
Tarikh : 20hb July 2014


Kelihatan anak-anak belia KEBAS sedang sibuk membuat persiapan untuk menyediakan bubur lambuk yang akan di edarkan sebelum berbukanya puasa nanti. Program ini telah dilaksanakan setelah mendapat kata sepakat didalam mesyuarat khas yang telah di adakan bersama AJK Tertinggi KEBAS serta semua ahlinya. Peruntukan program ini didapati dari hasil anak-anak belia itu sendiri dan juga beberapa sumbangan yang berupa beras serta bahan-bahan kering dari orang perseorang, juga dari IBAR Group dan juga dari Kumpulan Rocker Otai Tanahair iaitu Kumpulan LAN GAMMA & THE SUPERMEN.

Resepi membuat bubur lambuk ini juga sebenarnya adalah hasil air tangan dari Puan Penasihat dan turut di bantu oleh anak-anak belia yang lain. Kelihatan mereka sedang sibuk mengacau ramuan tersebut. Tuan Pengerusi juga turun padang uolsss ...


Setelah siap dimasak, bubur lambuk tersebut terus dimasukkan kedalam bekas yang telah siap dilekatkan logo kelab kami (KEBAS) dan ianya siap untuk diedarkan. Kelihatan didalam gambar, anak-anak belia kami turut mengedarkan bubur tersebut bersama wakil dari exco pemuda UMNO Setiawangsa. Alhamdulillah, tertunailah sudah program yang dirancangkan itu.. amiinn.

Terima Kasih Kerana Mengikuti Kami

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ 2014 K.E.B.A.S. ALL RIGHT RESERVED