SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI YA..TERIMA KASIH
KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS): PROGRAM KESEDARAN GST
SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YER .. TERIMA KASIH

PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB

President / Pengasas KEBAS

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.


Mengayuh perahu menuju ke muara

Perahu diisi penuh sarat

Buktikan pada masyarakat dan negara

Wawasan belia wawasan bermanfaat


Buah kuini ranum mengharum

Isinya kuning manis rasanya

Bersatulah belia segala kaum

Satu Malaysia gagasannya berjaya!


Sekian, terima kasih

"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"


Ikhlas dari saya,


Syakiella Hashim
President / Founder

Kelab Belia Angkatan Satria



Sekian.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday 26 September 2014

PROGRAM KESEDARAN GST

PROGRAM KESEDARAN GST
Tempat : Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Tarikh : 15hb September 2014

 


Alhamdulillah.. Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) telah bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk mengadakan Program mengenai GST. Apakah itu GST?? hah..pasti ada yang tidak tahu bukan??.. heheheh.. Program sebegini sebenarnya amat baik bagi seluruh warga samada yang masih bersekolah, bekerja tua mahupun muda. Apabila perincian secara telus telah dapat disampaikan kepada seluruh warga, maka tidak akan timbul lah kekacauan mengenai isu yang cuba di sampaikan. Lebih baik kita mempelajari sesuatu itu dari sumber yang sahih dari tidak mempelajarinya langsung, kemudian membuat onar didalam negara sendiri, ish ish ish .. itu adalah sesuatu yang tidak bagus dan tidak elok diamalkan.

Program ini telah memberi kesedaran kepada mana-mana pihak yang tidak memahami akan apa itu GST, tetapi setelah mengikuti program ini, barulah mereka faham serta sedar akan kepentingan GST serta faedah yang terbaik yang terselit disebali perkataan GST itu. Uols dah dengan ke penerangan mengenai GST?? kalau masih tak faham mahupun tak tahu..jom hubungi kami untuk kami lebarkan pengetahuan ini ke tempat  uols ... Talian kami sentiasa terbuka ..email kami untuk info lanjut yer uolsss !! .. ydpkebas@yahoo.com


Terima Kasih Kerana Mengikuti Kami

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ 2014 K.E.B.A.S. ALL RIGHT RESERVED