SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI YA..TERIMA KASIH
KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS): June 2016
SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YER .. TERIMA KASIH

PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB

President / Pengasas KEBAS

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.


Mengayuh perahu menuju ke muara

Perahu diisi penuh sarat

Buktikan pada masyarakat dan negara

Wawasan belia wawasan bermanfaat


Buah kuini ranum mengharum

Isinya kuning manis rasanya

Bersatulah belia segala kaum

Satu Malaysia gagasannya berjaya!


Sekian, terima kasih

"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"


Ikhlas dari saya,


Syakiella Hashim
President / Founder

Kelab Belia Angkatan Satria



Sekian.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday 26 June 2016

SAMPUL RAYA KEBAS

Bagi yg berminat utk mendptkn sampul duit raya Kelab Belia Angkatan Satriaini bolehlah hubungi admin. Dijual dgn harga RM6 sebungkus (10pcs). Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua.


Thursday 9 June 2016

REZEKI DI BULAN RAMADHAN

REZEKI DI BULAN RAMADHAN



Banners di letakkan bagi memudahkan bahan niaga dilihat oleh pembeli

Air asam boi yg osemmm!!! 
Rainbow Net atau Roti Jala Pelangi



Zulfadhli (Lee) yang sibuk berniaga


Alhamdulillah, bersempena dengan bulan Ramadhan pada kali ini, team KEBAS telah mengambil kesempatan untuk turut sama berniaga bagi menambahkan pendapatan disamping mengejar dan tabung misi bagi Jelajah Langkawi 2016. Terasa meriahnya bila melihat ahli-ahli belia KEBAS ini telah mula memberanikan diri untuk berniaga sepertimana yang seringkali dilaungkan oleh President kelab agar ahli tidak malu untuk berniaga walaupun secara kecil-kecilan asalkan ianya halal dan menepati syariat garis panduan yang telah ditetapkan.

Seperti didalam gambar ini, kelihatan ahli belia kami iaitu Saudara Zulfadhli atau lebih dikenali dengan panggilan Lee, telah melangkah setapak kehadapan dengan berniaga demi menjana pendapatan sampingan.

Syabas KEBAS!!!!

Monday 6 June 2016

ROTI JALA COLORFUL KEBAS

Alhamdulillah selesai berbuka bersama family & selesai berniaga utk hari ini..sape nk cuba rasa Rainbow Net boleh la dtg ke keramat AU3..utk tempahan boleh hubungi no yg tertera pd banner.





Saturday 4 June 2016

FUTSAL TRAINNING

Persediaan awal training futsal utk tournament akan dtg selain dpt menyihatkan tubuh badan.. 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ 2014 K.E.B.A.S. ALL RIGHT RESERVED