SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI YA..TERIMA KASIH
KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS): PERASMIAN KOMPLEKS MSN SETIAWANGSA KUALA LUMPUR Tarikh : 14hb June 2014
SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YER .. TERIMA KASIH

PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB

President / Pengasas KEBAS

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.


Mengayuh perahu menuju ke muara

Perahu diisi penuh sarat

Buktikan pada masyarakat dan negara

Wawasan belia wawasan bermanfaat


Buah kuini ranum mengharum

Isinya kuning manis rasanya

Bersatulah belia segala kaum

Satu Malaysia gagasannya berjaya!


Sekian, terima kasih

"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"


Ikhlas dari saya,


Syakiella Hashim
President / Founder

Kelab Belia Angkatan Satria



Sekian.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday 26 September 2014

PERASMIAN KOMPLEKS MSN SETIAWANGSA KUALA LUMPUR Tarikh : 14hb June 2014

PERASMIAN KOMPLEKS MSN SETIAWANGSA KUALA LUMPUR
Tarikh : 14hb June 2014
Dirasmikan Oleh : YBhg Encik Khairy Jamaluddin


YBhg Encik Khairy Jamaluddin di majlis perlancaran Kompleks MSN Setiawangsa.


Hamboiiiiii... bukan main hebat lagi apabila YB pun turut sama nk jadi abang sadoo.. hehehheeh.. walaubagaimana pun YB Dato' Ahmad Fauzi adalah seorang yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada kelab belia kami, dan kamu juga sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk semua yang ada. Hidup KEBAS!! 



Jom kita intai-intai gambar ni, dimana ada YB disitu ada KEBAS.. hah boleh gitewww?? ahaks! PPP Setiawangsa juga berkenan untuk mengadakan perlawanan persahabatan futsal bersama KEBAS... wahh tunggu untuk melaksanakannya aje ... ayohhh genggg kita meramaikan padang!!


kalau uols pandaiiii, cuba uols teka siapakah wanita yang duduk ditengah-tengah bersebelahan dengan Puan Penasihat KEBAS tu?? hah! tau tak siapa tu?? ish ish ish ...takkan lah tak kenal kotttt... kalau uols rajin menyelak ahli-ahli politik yang selalu bergandingan dengan isterinya, mesti uols tahu. Hurmmmm... tak tau juga??! eeuuuwww .. sedeyyyyy...

oklah saya bagi tau yer, yang bersebelahan dengan Puan Penasihat KEBAS itu adalah isteri kesayangan kepada YBhg Dato' Ahmad Fauzi, Ahli Parlimen Setiawangsa.. nama isteri beliau adalah Datin Natilah Ahmad. Uols jangan tak tahu, datin adalah diantara yang selalu menyokong kegiatan Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS). Beliau banyak memberikan galakan serta sokongan kepada anak-anak kelab kami. Amacam?? cantikkan datin?? seorang yang sempoi, humble, tidak sombong malah suka berkongsi ilmu. 

Yang disebelah datin tu pula adalah Setiausaha Sulit Parlimen Setiawangsa.. seorang yang peramah serta tidak lekang dengan senyum.. memang sempoi dan best sangat kalau dah kenal lama dengan beliau. OOppsss.. lupa pulak..nama beliau adalah Puan Molly..panggil kak molly pun boleh, sempoiiiii.. ;) wink wink


Terima Kasih Kerana Mengikuti Kami

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ 2014 K.E.B.A.S. ALL RIGHT RESERVED