SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI YA..TERIMA KASIH
KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS): December 2017
SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YER .. TERIMA KASIH

PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB

President / Pengasas KEBAS

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.


Mengayuh perahu menuju ke muara

Perahu diisi penuh sarat

Buktikan pada masyarakat dan negara

Wawasan belia wawasan bermanfaat


Buah kuini ranum mengharum

Isinya kuning manis rasanya

Bersatulah belia segala kaum

Satu Malaysia gagasannya berjaya!


Sekian, terima kasih

"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"


Ikhlas dari saya,


Syakiella Hashim
President / Founder

Kelab Belia Angkatan Satria



Sekian.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday 29 December 2017

MESIN SANTAN KR

Pabila tibanya mesin pemprosesan santan kami, so apa lagi...masing-masing tak sabar nak mencubanya. Dari itu terhasillah santan cubaan pertama kami sebelum kami pindahkan mesin tersebut ke dalam premis perniagaan kami di Bukit Rambai Melaka..Jom beli Santan Segar, Santan Keramat!







KELAPA OH KELAPA

Stock pertama kelapa untuk pemprosesan santan telah pun sampai. Kelapa kampung originally dari Malaysia yer uols!! Jom dapatkan Santan Keramat Yang Lebih Pekat Lebih Kaw! dengan harga yang sukar dipercayaiiiii...





PREMIS PERNIAGAAN KEBAS RESOURCES


Alhamdulillah, berkat dari muafakat bersama yang dilakukan oleh ahli-ahli Kebas Resources Team, kami kini telah pun memiliki premis perniagaan sendiri yang letaknya di Bukit Rambai Melaka berdekatan dengan Taman Rambai Utama 2, Melaka. Jomlah orang-orang Melaka dapatkan Santan Segar, Santan Keramat kami yang lebih pekat lebih kaw!! 




Monday 18 December 2017

TSHIRT RASMI KEBAS 2018

Jom dapatkan edisi terbaru tshirt rasmi KEBAS 2018... oopppsss!! untuk ahli sahaja yer uols!





PERNIAGAAN KEBAS



Kelab Belia Angkatan Satria melangkah setapak lagi dengan menyahut seruan kerajaan untuk melihat ramai lagi belia melakukan pekerjaan disektor pertanian. Justeru itu kami kini mengorak langkah dengan menyahut seruan tersebut. In shaa Allah doa dan harapan kami agar apa yang cuba diusahakan ini membuahkan hasil, amiinn.



KEBAS RESOURCES : CABARAN 2018


KEBAS RESOURCES (002758223-P) CABARAN 2018
Belajar banyak mana sekalipun, kalau tak diaplikasikan dan buat tindakan, satu strategi pun takkan berguna. Apa juga yang kita mahukan dalam hidup, jika benar-benar kita mahukannya, kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Usaha belajar, dan paling penting ialah usaha melaksanakan dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari. Tindakan tanpa ilmu adalah sia-sia, tapi ilmu tanpa tindakan adalah satu kerugian.
.
Perjalanan Ke Puncak Kejayaan Itu Umpama Menaiki Hot Air Balloon, Kita Bukan Sahaja Perlu Ringankan Beban Untuk Terbang Tinggi Tetapi Kita Perlukan “Kepanasan” Api Untuk Menghasilkan Gas Yang Membawa Kita Naik. So Matlamat Utama Berniaga Bukanlah Untuk Menjadi Jutawan Tetapi Menjadi Dermawan, Mudah-Mudahan Dengan Asbab Berniaga Mengikut Sunnah, Rezeki Kita Lebih Dan Dapat Memberi Lebih Agar Hidup DiberkatiNya, The More You Give, The More You Will Get It Back Samada Di Dunia Atau Disana. Give First And Give More

-Syakiella Hashim
Founder/President
Kelab Belia Angkatan Satria



Sunday 17 December 2017

KEBAS DAN PERSILATAN (SILAT CEKAK)

Bukan sahaja bergerak untuk menjalankan program, tetapi ahli kami juga bergiat didalam aktiviti persilatan. Kita layan beberapa gambar semasa "prank" salah sorg ahli kami dihari persilatan.










Monday 4 December 2017

PERKAMPUNGAN Kelab Belia Angkatan Satria


Alhamdulillah..secara rasminya KEBAS kini telah pun memasukki frasa yg seterusnya. Kebas Asas Tani & Penternakan kini telah pun mula dijalankan. Acara gotong royong telah dijalankan pada minggu yg lalu bagi membersihkan kawasan persekitaran. 
.
Berbekalkan tanah yg seluas 1 ekar, kami kini sedang giat mengerjakannya. Sepertimana yg semua org tahu, golongan muda adalah nadi pertanian kerana tenaga muda memiliki kreativiti dan inovasi yang diperlukan dalam pengeluaran pertanian moden, justeru itu kami ingin menyahut seruan kerajaan bagi meramaikan lagi petani2 dari kalangan belia ini bagi membantu bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga kepada bangsa dan negara.
.
Jiwa golongan muda perlu dipupuk sentiasa dengan minat dalam pertanian dan pembangunan kerana 'hasilnya' nanti negara akan berupaya menangani tahap pergantungan yang tinggi terhadap import makanan dengan wujudnya keseimbangan menerusi pengeluaran domestik yang sekaligus dapat mengelak krisis bekalan dan juga harga.
.
Harapan kami agar Agensi2 di bawah Kementerian Pertanian dan industri Asas Tani seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA),Tekun Nasional, Agrobank juga dapat memberikan kerjasama dalam membantu melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif dalam industri pertanian yang ingin kami laksanakan ini.
.
Sekalung tahniah buat Kelab Belia Angkatan Satria yang sentiasa peka dan sentiasa berusaha merubah sesuatu agar menjadi lebih mantap dan jitu. Terima kasih juga buat mereka2 yg sentiasa memberi sokongan yang tidak pernah berbelah bagi kepada kami. Alhamdulillah.
.
"BELIA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"






















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ 2014 K.E.B.A.S. ALL RIGHT RESERVED