SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI YA..TERIMA KASIH
KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS): November 2014
SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YER .. TERIMA KASIH

PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB

President / Pengasas KEBAS

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.


Mengayuh perahu menuju ke muara

Perahu diisi penuh sarat

Buktikan pada masyarakat dan negara

Wawasan belia wawasan bermanfaat


Buah kuini ranum mengharum

Isinya kuning manis rasanya

Bersatulah belia segala kaum

Satu Malaysia gagasannya berjaya!


Sekian, terima kasih

"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"


Ikhlas dari saya,


Syakiella Hashim
President / Founder

Kelab Belia Angkatan Satria



Sekian.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday 2 November 2014

Mini Karnival Kebudayaan 2014 (Bhgan II)

 Program Mini Karnival Kebudayaan 2014
Anjuran Puteri UMNO Bahagian Pandan Bersama Membara
Tarikh : 2 November 2014
Tempat : Sekolah Kebangsaan Kg Cheras Baru

Menerima hadiah kemenangan iaitu berupa wang tunai untuk di bawa pulang, yeayyyyyy!!
 
 
 Sungguh seronok apabila KEBAS dinobatkan sebagai JUARA kompang bagi tahun 2014 Program anjuran Puteri UMNO ini, alhamdulillah..amiinn
 
Bergambar kenangan bersama peserta yang memenanti tempat Ke 3 dari Cheras

 
 
Gaya selfie anak-anak manja KEBAS!! 

 
Bergambar bersama jurulatih kayak KEBAS Encik Ahmad Shalaby (Athlete Kayak Negara)

 
 
Bergambar bersama Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan,  Zahida Zarik Khan

 
Sempat lagi admin lihat mereka ni berselfie ... hehehheh 


Ahli Belia KEBAS Farra Nuratilyya bergambar bersama penari dari Astro dan juga bersama Pengerusi KEBAS dan Puan Penasihat.

Wahhhhh ... seronoknya dapat wang tunai yer ... ;)

wahhhhhh ...hadiah cabutan bertuah ke tu??? pergghhhh tahniah tahniah tahniah

Mini Karnival Kebudayaan 2014 (Bhgan I)

 Program Mini Karnival Kebudayaan 2014
Anjuran Puteri UMNO Bahagian Pandan Bersama Membara
Tarikh : 2 November 2014
Tempat : Sekolah Kebangsaan Kg Cheras Baru


Syukur alhamdulillah kami telah di undang untuk bersama Puteri UMNO bagi meraikan Program Mini Karnival Kebudayaan 2014 yang telah diaturkan. Diacara ini kami dari KEBAS telah berpeluang menyertai acara Pertandingan Kompang dan Pakaian Tradisional. Sebelum acara dimulakan, kami telah pun sempat "snap" beberapa gambar untuk di abadikan bersama dengan pembaca-pembaca serta pengikut-pengikut Kelab kami ini. Jom kita lihat beberapa gambar sebelum dan selepas persembahan di adakan..  jommmmmmm...

 
 
 
 
 
 
Senyuman seorang ratu cantik ... hehehhe

 
Kelihatan belia kami FARRA ATILYYA (no 2 sblh kiri) sedang memperagakan pakaiannya, omakaiiii tinggiiinyerrrr, suka bebeno admin dengan belia-belia wanita yang tinggi-tinggi nih..hehehhe
 
 
Sempat bergambar sebelum acara kompang dan pakaian tradisional di mulakan. Memang sempoiiiii

 
 
Berikut adalah gambar setelah acara di mulakan, alhamdulillah sungguh cantik rentak yang di peralunkan diikuti dengan seni berirama gerakan sambil berkompang, ewahhhh ..

 
  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ 2014 K.E.B.A.S. ALL RIGHT RESERVED