SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI YA..TERIMA KASIH
KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS): October 2014
SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YER .. TERIMA KASIH

PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB

President / Pengasas KEBAS

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.


Mengayuh perahu menuju ke muara

Perahu diisi penuh sarat

Buktikan pada masyarakat dan negara

Wawasan belia wawasan bermanfaat


Buah kuini ranum mengharum

Isinya kuning manis rasanya

Bersatulah belia segala kaum

Satu Malaysia gagasannya berjaya!


Sekian, terima kasih

"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"


Ikhlas dari saya,


Syakiella Hashim
President / Founder

Kelab Belia Angkatan Satria



Sekian.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday 26 October 2014

BERSUKAN & BADMINTON

BERSUKAN & BADMINTON
TEMPAT : PRO ONE BADMINTON CENTRE
TARIKH : 25HB OCTOBER 2014






Bersukan menyegarkan minda pada setiap hujung minggu, inilah aktiviti yang sering kami lakukan.

KOMPANG & KEBAS

SESSI PEMBELAJARAN KOMPANG
TEMPAT : AU3 KERAMAT
TARIKH : SETIAP MALAM JUMAAT & SABTU
09:00 MLM -11:00 MLM









Kelab Belia kami maju setapak lagi dengan menubuhkan kelab kompang nya yang tersendiri. Berkat usaha gigih dari anak-anak belia ini juga telah menampakkan suatu perkembangan yang positif yang membuatkan pergerakan kompang ini terus berjalan seperti yang telah di rencanakan. Alhamdulillah dengan mereka yang berpengalaman yang mengajar anak-anak ini telah menjadikan kelab belia kami bertambah utuh dan teguh. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai kelab kompang KEBAS, boleh lah menghubungi 012.2444.691 untuk penerangan lanjut. 

"BELIA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

PROGRAM MEMBARA KEBUDAYAAN TITIWANGSA RENTAK SENI BUDAYA WARISAN KITA

PROGRAM MEMBARA KEBUDAYAAN TITIWANGSA
RENTAK SENI BUDAYA WARISAN KITA
TEMPAT : DEWAN TITIWANGSA PUSAT SUKAN, KG PANDAN (KOMBES)
TARIKH : 26HB OCOTBER 2014
ANJURAN : PUTERI UMBO BHGAN TITIWANGSA







Bersama memeriahkan Program Anjuran Puteri Titiwangsa Kuala Lumpur. Terima kasih diatas undangan Puteri UMNO Setiawangsa begitu juga terima kasih kepada Puan Hartini, Pembantu Peribadi kepada Dato' Johari (Titiwangsa)https://www.facebook.com/ydpkebas

Monday 20 October 2014

VIDEO KEBAS

buat pertama kalinya sejak dari awal penubuhan, ingin kami raikan bersama anda semangat jitu kami untuk terus melaksanakan misi dan visi yang telah kami laungkan. Semoga kelab belia ini mendapat keberkatan dari Allah swt dan semoga ianya terus bergerak maju kehadapan.. in shaa Allah .. amiinn

Saturday 18 October 2014

IRAMA PALUAN KOMPANG KEBAS (sessi latihan)

sessi latihan kompang KEBAS sebagai pembuka tirai ...  suka sangat admin tengok ahli-ahli belia ini yg sentiasa memberikan kerjasam yang baik di antara satu sama lain .. alhamdulillah .. amiinn .. good job you guys!!  

jom saksikan sessi latihan mrk .. kita skodeng jap yer ... hehehehhe


BELIA TUNGGAK NEGARA



Apabila kita hendak melihat wajah sesebuah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini. Sekiranya golongan muda hari ini adalah daripada kalangan berakhlak, tentunya sesebuah negara itu akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku.

Justeru, menjadi tanggungjawab umat Islam sekalian bahawa corak tingkah laku golongan belia masa kini merupakan cerminan masa depan sesebuah negara. Oleh itu, golongan ini begitu penting dalam membawa perubahan daripada negatif kepada positif, lemah kepada kuat, mundur kepada maju dan terbaik kepada cemerlang. Kepada para belia mereka dituntut segala jiwa dan raga demi menjamin kemajuan dan keamanan sebuah negara dan hendaklah bertindak sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Sebagai belia Islam mestilah mengukuhkan ilmu bukannya hanya dalam bidang akademik semata-mata namun yang lebih penting ialah ilmu yang berkaitan tentang kehidupan dan negara, supaya ilmu itu mampu diaplikasikan bagi memelihara kedaulatan agama Islam, bangsa dan negara tercinta. Ingatlah.bahawa tanggungjawab untuk mempertahankan agama Islam adalah amanah yang mesti dilaksanakan oleh setiap umat terutama dari golongan belia. Buktikanlah pada negara bahawa belia Islam adalah belia yang terbaik, mampu menjadi contoh dan layak untuk memimpin negara di masa hadapan.

Kita percaya bahawa golongan belia sebenarnya mempunyai idealisme yang hebat tetapi dalam masa yang sama masih mentah pengalaman hidup dan terbawa bawa dengan jiwa muda yang bergelora lagi bernafsu. Ingatlah dan insaflah bahawa kegelojohan nafsu syahwat diperingkat belia sangat kuat. Jika punca dan tempat yang menaikkan nafsu tidak ditutup, maka selagi itulah anak-anak kita, para belia terdedah kepada gejala keruntuhan akhlak dan menghancurkan kehidupan serta masa depan negara. Kehendak nafsu yang berunsur syahwat sentiasa mencabar setiap peringkat kehidupan serta masa depan negara. Kehendak nafsu yang berunsur syahwat sentiasa mencabar setiap peringkat kehidupan, ia boleh menjejaskan kualiti akhlak manusia setaraf dengan binatang. Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasullah SAW telah mengingatkan sabdanya yang berbunyi :..

"REBUTLAH LIMA PERKARA SEBELUM KAMU DIDATANGI OLEH LIMA PERKARA LAIN..MASAMUDAMU SEBELUM TUA, MASA SIHATMU SEBELUM SAKIT, MASA KAYAMU SEBELUM MISKIN, MASA LAPANGMU SEBELUM SEMPIT DAN MASA HIDUPMU SEBELUM MATI" 
(Riwayat Al-Hakim dan Ibnu Majah)

Percayalah bahawa Islam telah menetapkan, setiap insan tidak memiliki kebebasan yang hakiki, bahkan setiap tindak-tanduknya dibimbing oleh prinsip dan peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak yang bersumberkan wahyu daripada Allah SWT. Hak dalam agama Islam sudah pastinya tidak sama sekali bertentangan dengan hak hak Allah yang menjamin kepentingan dan kemaslahatan umum. Justeru, para belia diseru supaya berpegang kepada ajaran agama dan akidah yang sentiasa dipertahankan agar umat Islam dinegara ini dapat menuju Al-Falah. Janganlah mudah terpengarauh dengan hasutan. Jadikanlah Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan yang utama melebihi hujah yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin tertentu sebelum membuat sesuatu tindakan. Ambillah contoh dan tauladan apa yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dari segi semangat dan keazamannya, ketakwaan Nabi Yusuf AS, keberanian Ashab Al-Kahf dan keimanan para sahabat Rasullah SAW.

Marilah kita melakukan tindakan berdasarkan prinsip-prinsip yang berasaskan kepada semangat persaudaraan Islam dan bertimbang rasa dengan pihak lain. Janganlah pula kita terhasut dengan pemikiran yang jahat dan dari godaan syaitan yang menyesatkan. Kita berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa diberi keinsafan dan berteduh dibawah payung perpaduan. Kita juga memohon dikekalkan kesinambungan nikmat keamanan dikalangan kita, dijauhi segala malapetaka yang boleh menjejaskan usaha membangunkan agama, bangsa dan negara. Percayalah bahawa belia cintakan negara adalah merupakan cerminan masa depan dan teras kepada sesebuah negara.


Thursday 9 October 2014

PROGRAM MENCUCI MASJID AL HIDAYAH

PROGRAM MENCUCI MASJID AL HIDAYAH
Tarikh : 6hb July 2013








Program Bersama Bakal Haji

Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) Putrajaya
Tarikh : 5hb September 2013



Belia kami telah bekerjasama untuk membantu mereka-mereka yang akan menunaikan haji pada ketika itu di Masjid Sultan Mizan Putrajaya.

KONVOI PEMUDA PRIHATIN PERINGKAT SETIAWANGSA

KONVOI PEMUDA PRIHATIN PERINGKAT SETIAWANGSA
Tarikh : 16hb March 2014

Ahli belia kami telah turut sama menjayakan program yg tlh disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Zulhasnan Rafique ini. Terima kasih dan tahniah diucapkan kpd semua yg terlibat. Alhamdulillah.




Mesyuarat Penduduk Kelumpuk Serindit

Suatu mesyuarat ahli jawatankuasa penduduk setempat tlh diadakan di Dewan UMNO Kawasan A, PKNS Kelumpuk Serindit. Ahli kami juga telah turut sama menjayakan mesyuarat tersebut. Jom kita tengok gambar-gambar yang di paparkan dibawah ini .. jommmm..









FUTSAL PIALA MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN




KEBAS bergambar bersama Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Encik Mohd Razlan bin Muhammad Raffi .. 



KEBAS telah turut menyaksikan Kejohanan Futsal Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2014 yg diadakan secara langsung di Sports 7 Futsal Wangsa Maju S7
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ 2014 K.E.B.A.S. ALL RIGHT RESERVED