SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI YA..TERIMA KASIH
KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS): TIMBALAN PENGERUSI KEBAS
SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YER .. TERIMA KASIH

PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB

President / Pengasas KEBAS

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.


Mengayuh perahu menuju ke muara

Perahu diisi penuh sarat

Buktikan pada masyarakat dan negara

Wawasan belia wawasan bermanfaat


Buah kuini ranum mengharum

Isinya kuning manis rasanya

Bersatulah belia segala kaum

Satu Malaysia gagasannya berjaya!


Sekian, terima kasih

"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"


Ikhlas dari saya,


Syakiella Hashim
President / Founder

Kelab Belia Angkatan Satria



Sekian.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

TIMBALAN PENGERUSI KEBAS

Asalammualaikum dan salam sejahtera

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS) kerana telah berjaya mengusahakan kelab ini menjadi kelab yang menuju ke arah kebaikan. KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS) telah ditubuhkan pada December 4, 2013. Walaupun baru ditubuhkan KEBAS telah melakukan beberapa aktiviti yang dapat membantu golongan belia. Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan KEBAS adalah komuniti mencuci masjid, futsal, riadah dan seminar ESQ 165.

Tujuan KEBAS juga adalah untuk membantu golongan belia agar jauh dari gejala-gejala yang tidak diingini. Sepertimana yang kita lihat sekarang, ramai di kalangan belia kini amat meminati aktiviti-aktiviti yang langsung tidak berfaedah seperti merempit, gejala dadah, gangsterism dan juga maksiat. Oleh itu KEBAS mengambil pendekatan dengan menggunakan waktu lapang yang mereka ada dan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah serta seronok yang bukan sahaja boleh mengisi masa lapang mereka malah dapat menggelakkan diri mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat serta tidak bermoral.

Akhir kata dari saya, percaya bahawa program sebegini akan menjadi dorongan dan perangsang kepada golongan belia untuk meningkatkan sahsiah dan keterampilan diri masing-masing. Saya berdoa agar golongan belia ini akan dapat mempamerkan kecemerlangan dan potensi yang ada untuk membina masa depan Negara yang berdaulat lagi merdeka.

Sekian, terima kasih.

Muhamad Zulfahmi Bin Jamaluddin
Timbalan Pengerusi
Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS)

Terima Kasih Kerana Mengikuti Kami

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ 2014 K.E.B.A.S. ALL RIGHT RESERVED