SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI YA..TERIMA KASIH
KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS): KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA 2014
SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YER .. TERIMA KASIH

PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB

President / Pengasas KEBAS

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.


Mengayuh perahu menuju ke muara

Perahu diisi penuh sarat

Buktikan pada masyarakat dan negara

Wawasan belia wawasan bermanfaat


Buah kuini ranum mengharum

Isinya kuning manis rasanya

Bersatulah belia segala kaum

Satu Malaysia gagasannya berjaya!


Sekian, terima kasih

"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"


Ikhlas dari saya,


Syakiella Hashim
President / Founder

Kelab Belia Angkatan Satria



Sekian.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday 25 September 2014

KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA 2014

KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA 2014

Tempat : Gelanggang Terbuka Futsal Setiawangsa KL
Tarikh : 19hb April 2014
Anjuran : Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS)


Buat julung kalinya setelah tertubuhnya kelab belia ini, ianya telah berani membuka langkah dengan mengadakan kejohanan futsal terbuka bersama anak-anak belianya. Kelihatan belia KEBAS sedang membuat persiapan kejohanan yang akan berlangsung.


Kejohanan ini juga telah di rasmikan oleh YB Dato' Ahmad Fauzi Bin Haji Zahari dan secara langsung juga Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) telah di rasmikan. Pada hari kejohanan tersebut beberapa exco pemuda juga telah diundang begitu juga dengan ustaz Nazri dari Masjid Abu Ubaidiah yang telah turut sama di undang untuk membacakan doa perasmian supaya mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah swt.



Berikut adalah gambar beberapa perserta yang turut mengambil bahagian dikejohanan futsal yang telah diadakan.


Dikejohanan ini juga YB telah berkesempatan beramah mesra dengan para remaja. Beliau telah membuat satu tendangan ala-ala pemain futsal sebagai pembukaan rasmi kejohanan tersebut. Memang handal juga YB bermain futsal :)

Jamuan ringan juga turut disediakan oleh para belia KEBAS. Sebelum berangkat pulang Kelab kami telah berbesar hati menghadiahkan sedikit cenderamata untuk YB diatas kesudiannya merasmikan kelab ini. Terima kasih YB!! 


Gambar peserta sedang memanaskan badan sebelum acara bermula dan sebahagian lagi sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi JUARA dikejohanan ini. Syabas buat semua peserta.

Terima Kasih Kerana Mengikuti Kami

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ 2014 K.E.B.A.S. ALL RIGHT RESERVED