SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI YA..TERIMA KASIH
KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS): July 2015
SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YER .. TERIMA KASIH

PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB

President / Pengasas KEBAS

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.


Mengayuh perahu menuju ke muara

Perahu diisi penuh sarat

Buktikan pada masyarakat dan negara

Wawasan belia wawasan bermanfaat


Buah kuini ranum mengharum

Isinya kuning manis rasanya

Bersatulah belia segala kaum

Satu Malaysia gagasannya berjaya!


Sekian, terima kasih

"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"


Ikhlas dari saya,


Syakiella Hashim
President / Founder

Kelab Belia Angkatan Satria



Sekian.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday 24 July 2015

SELAMAT ULANG TAHUN PERDANA MENTERI MALAYSIA

23 July 2015
Selamat Menyambut Ulangtahun Yang Ke 62 Kami Ucapkan Kepada Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Semoga Sentiasa Dibawah Keredhaan Allah Dan Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Dato' Seri DiDunia Mahu Pun Di Akhirat...Amiinn.

MAJLIS IFTAR MARHABAH

Kelab belia kami juga adalah merupakan salah satu dari NGO Belia yang terlibat bersama-sama program yang di jalankan oleh NGO BERSEKUTU SELANGOR & KUALA LUMPUR. Berikut adalah gambar dimana program Berbuka Puasa bersama rumah anak-anak yatim serta Asnaf telah dijalankan dengan meriahnya yang bertempat di Dewan Muhibbah Gombak Selangor. Majlis telah turut dirasmikan oleh YB Amiruddin Shari (Exco Pembangunan Generasi Muda) beserta beberapa lagi exco nergeri. Alhamdulillah majlis telah selesai dijalankan dgn jayanya. Kami juga telah diberi sijil penghargaan diatas sumbangan dan dan program yang tlh dijalankan. Tahniah kepada semua ahli-ahli KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA




  



 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ 2014 K.E.B.A.S. ALL RIGHT RESERVED