SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI YA..TERIMA KASIH
KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS): PROGRAM MENCUCI MASJID AL HIDAYAH TAMAN MELAWATI
SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YER .. TERIMA KASIH

PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB

President / Pengasas KEBAS

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.


Mengayuh perahu menuju ke muara

Perahu diisi penuh sarat

Buktikan pada masyarakat dan negara

Wawasan belia wawasan bermanfaat


Buah kuini ranum mengharum

Isinya kuning manis rasanya

Bersatulah belia segala kaum

Satu Malaysia gagasannya berjaya!


Sekian, terima kasih

"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"


Ikhlas dari saya,


Syakiella Hashim
President / Founder

Kelab Belia Angkatan Satria



Sekian.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday 26 September 2014

PROGRAM MENCUCI MASJID AL HIDAYAH TAMAN MELAWATI

PROGRAM MENCUCI MASJID AL HIDAYAH TAMAN MELAWATI
Tempat : Masjid Al Hidayah
Tarikh : 6hb April, 2014



 Perlaksanaan Program ini telah di laksanakan bersama Rukun Tetangga Taman Melawati beserta ahli Jemaah Masjid Al Hidayah Taman Melawati dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang. Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) adalah antara kelab belia yang telah dipanggil untuk turut sama melaksanakan program amal tersebut. 

Gambar : Sebelum kerja-kerja pembersihan dijalankan, ahli telah dijamu dengan sarapan pagi oleh Masjid Al Hidayah.

Kelihatan kesemua yang telah turut serta melakukan kerja amal ini sedang menjalankan tugasan masing-masing yang telah diberi. Sesungguhnya, ianya merupakan suatu ibadah bagi sesiapa sahaja yang memakmurkan masjid yakni rumah Allah, dan ada ganjaran juga menanti bagi sesiapa juga yang mengisi isian dalamnya. Para wanita juga kelihatan turut serta membersihkan kawasan dalaman Masjid.

Sebelum berakhir program amal kali ini, kami sempat merakamkan gambar bersama ahli-ahli yang terlibat dengan program pada kali ini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.


Terima Kasih Kerana Mengikuti Kami

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ 2014 K.E.B.A.S. ALL RIGHT RESERVED