SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI YA..TERIMA KASIH
KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS): May 2016
SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YER .. TERIMA KASIH

PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB

President / Pengasas KEBAS

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.


Mengayuh perahu menuju ke muara

Perahu diisi penuh sarat

Buktikan pada masyarakat dan negara

Wawasan belia wawasan bermanfaat


Buah kuini ranum mengharum

Isinya kuning manis rasanya

Bersatulah belia segala kaum

Satu Malaysia gagasannya berjaya!


Sekian, terima kasih

"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"


Ikhlas dari saya,


Syakiella Hashim
President / Founder

Kelab Belia Angkatan Satria



Sekian.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday 29 May 2016

QAYYUM BIRTHDAY PRANK

BIRTHDAY PRANK 
Happy birthday to my Mohd Qayyum...hahahah lain kali jgn ckp besau sgt tauuu..kan dh kene .. hambek kauu!!! tu mkn dia!...kan kan kannnnnn

Terima kasih buat team Kelab Belia Angkatan Satria dgn perancangan yg sempoiii..futsal lah sgt chorrr!! Miahahahhaha

credit to Nad












Thursday 26 May 2016

KEBAS DAN KLFM

berikut admin kongsikan bersama sedutan dari temuramah yang telah pun berlangsung sblm ini diantara kelab belia kami dan juga KLFM, kpd mrk2 yg tidak berkesempatan utk mendgrkan nya secara LIVE menerusi saluran KLFM, kini bolehlah mendgrkannya menerusi aplikasi vid yg tlh pun admin muat turunkan disini. Terima kasih kpd President/Pengasas kelab Puan Syakiella yg tlh turut berbesar hati berkongsikan video yang berdurasi selama 20 minit ini. Jom kita saksikan!



Tuesday 24 May 2016

UJIAN KEHIDUPAN

Salah seorg dr ahli kami tlh menghidapi lumpuh separuh bdn, beliau tlh pun menjalani phisioteraphy dan kini tlh beransur pulih walaupun tidak sepenuhnya. Berkat dari kasih syg dan keprihatinan kami semua yg mana didlm kelab ini kami tlh didik utk bersatu hati saling tlg menolong dan sama2 mencari jln penyelesaian terhadap apa juga yg mendtg terhadap ahli2 kami, sedikit sebnyk masalah yg dihadapi olh ahli kami ini iaitu Muhammad Zulfazli tlh dpt diatasi, alhamdulillah. Ahli kami tlh pun mengadakan solat hajat selama seminggu berturut2 dan tlh mengumpul dana diatas usaha dn kerpihatinan mrk semua semata2 utk melihat agar lan kembali pulih seperti sediakala. Terima kasih kepada semua yg terlibat.. "berat sama di pikul, ringan sama dijinjing".















Monday 23 May 2016

GOTONG ROYONG DI KEDAH

Kami kongsikan bersama anda, sedikit sedutan gambar gotong royong disurau kg padang puteh berdekatan dgn kg salah seorg dr ahli kelab belia kami iaitu saudara hashirun yang berada dilangkawi. Alhamdulillah semuanya tlh berjalan dgn lancar sprti yg tlh direncanakan dgn izin Allah. Terima kasih buat Pemuda dn juga belia kg yg tlh turut sama membantu.













Wednesday 4 May 2016

UKHWAH TERJALIN 1 RASA 1 INSPIRASI.

UKHWAH TERJALIN 1 RASA 1 INSPIRASI.
Alhamdulillah syukur selesai sudah misi 3H 2M di Langkawi bg merangka program Kelab Belia Angkatan Satria akan dtg..semoga segala yg dirancang & disusun atur akan dipermudahkan segalanya In Syaa Allah.. Next program coming soon..tungguuuu

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ 2014 K.E.B.A.S. ALL RIGHT RESERVED