SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI YA..TERIMA KASIH
KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS): PROGRAM BENGKEL KECANTIKAN & KESIHATAN
SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YER .. TERIMA KASIH

PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB

President / Pengasas KEBAS

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.


Mengayuh perahu menuju ke muara

Perahu diisi penuh sarat

Buktikan pada masyarakat dan negara

Wawasan belia wawasan bermanfaat


Buah kuini ranum mengharum

Isinya kuning manis rasanya

Bersatulah belia segala kaum

Satu Malaysia gagasannya berjaya!


Sekian, terima kasih

"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"


Ikhlas dari saya,


Syakiella Hashim
President / Founder

Kelab Belia Angkatan Satria



Sekian.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday 9 October 2014

PROGRAM BENGKEL KECANTIKAN & KESIHATAN

PROGRAM BENGKEL KECANTIKAN & KESIHATAN
PRODUK DE HERBS & MEGAH PERAWAN
Tempat : DATARAN KELUMPUK SERINDIT AU3
Tarikh : 6hb September 2014
Anjuran : KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS)


Julung kalinya bengkel kecantikan dan kesihatan akan diadakan, dan anak-anak belia kami telah bertungkus lumus untuk membuat persiapan sebelum bermulanya program ini. Kelihatan mereka sedang membersihkan kawasan serta menyediakan kerusi bagi para peserta. 

Meriah sungguh apabila kelab kami telah berjaya menganjurkan Bengkel Kecantikan & Kesihatan bersama Dato' Aliff Syukri (Terlajak Laris) dan Puan Reena Megah Perawan (Mekna). Mahunya tak meletop uolsss , Dato' yang juga usahawan dan juga jutawan tu tidak pernah lokek ilmu utk dikongsi bersama dgn pengguna-pengguna setia produknya..ishhh smpikan makcik-makcik pun sanggup menunggu Dato' semata-mata ingin bergambar bersama. Tidak ketinggal juga dengan Mekna yang dari segmen setiap pagi dalam siri Nasi lemak dan Kopi O..mekna yg sentiasa cantik serta anggun bergaya.


Ini adalah diantara sedutan gambar bilamana Dato' mula membicarakan mengenai produk De Herbs Terlajak Laris ... hamboiiii suka sungguh yerrr... hehehe, tidak ketinggalan juga Puan Penasihat kelab kami turut berkongsi ilmu dengan tetamu yang datang bagaimana cara untuk menjaga penampilan diri luar dan dalam..wahh admin pun suka dengan bengkel yang di adakan ini, suka sgt2 uolssss ..


Cenderahati juga diberikan kpd Mekna serta Dato' dimajlis tersebut. Kelihatan Datin Natilah Ahmad juga turut sama menyertai bengkel yang di anjurkan oleh kelab kami ini. Terima kasih kepada Datin Natilah yang sentiasa memberi dorongan serta sokongan kepada kami.


 Bukan main suka sekali anak-anak belia kami bergambar dengan Mekna ... hehehhe..cchhoooiii


Kelihatan Saudari Aini serta Saudari Lyna Azmy sedang sibuk menyiapkan brgan berupa cenderahati utk para tetamu yang berjaya menjawab soalan yg akan diberikan.


Bendahari Kehormat berselfie bersama Datin Natilah Ahmad dan Datin Shahidah isteri kepada jutawan de herbs Dato' Aliff Syukri .. wow!! sweet sgt2 .. Jutaan terima kasih buat DBKL Cawangan Setiawangsa Encik Fahmi, Pejabat YB Parlimen Setiawangsa, Puan Molly, Tuan Pengerusi Penduduk Kelumpuk Serindit Encik Zakaria, ahli-ahli KEBAS serta semua yang terlibat ..



Terima Kasih Kerana Mengikuti Kami

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ 2014 K.E.B.A.S. ALL RIGHT RESERVED