SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI YA..TERIMA KASIH
KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS): Lan dirawat di Hospital HKL
SELAMAT DATANG KE KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA (KEBAS),JANGAN LUPA KLIK FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SINI YER .. TERIMA KASIH

PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB

President / Pengasas KEBAS

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.


Mengayuh perahu menuju ke muara

Perahu diisi penuh sarat

Buktikan pada masyarakat dan negara

Wawasan belia wawasan bermanfaat


Buah kuini ranum mengharum

Isinya kuning manis rasanya

Bersatulah belia segala kaum

Satu Malaysia gagasannya berjaya!


Sekian, terima kasih

"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"


Ikhlas dari saya,


Syakiella Hashim
President / Founder

Kelab Belia Angkatan Satria



Sekian.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday 9 October 2014

Lan dirawat di Hospital HKL

Berat mata yg memandang, berat lagi bahu yg memikulnya. Dugaan dan ujian dari Illahi kami tempuhi dgn redha apabila salah seorg dari ahli kelab belia kami iaitu saudara Muhammad Zulfadzli Bin Mohd Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai "LAN" telah menghidapi strok sebelah badan secara mengejut. Amat memeranjatkan kesemua krn didlm usia yg masih muda belia lagi beliau tlh di beri dugaan yg sebegitu. Benarlah kata org.. apabila Allah mengkehendaki sesuatu itu kpd umatNya, akan diberi tanpa mengira umur, pangkat mahupun darjat.

Selama terlantar di hospital HKL, kami tlh melawat beliau hampir setiap hari, dan tlh menjaga beliau secara bergilir-gilir memandangkan beliau terpaksa ditahan di wad dlm jangka waktu yg sama. Kata-kata dari doktor tidak melemahkan semangat kami semua utk membantu Lan yg pd ketika itu mmg memerlukan sokongan yg kuat dari semua.

bacaan yassin diadakan disurau berdekatan kediaman 

Bertitik tolak dari apa yg berlaku, suatu mesyuarat khas tlh diadakan bagi membantu belia kami yg benar-benar sdg diuji ini. Tuan Pengerusi Kelab kami iaitu saudara Saiful Azril bersama abg kepada Lan sendiri telah memberikan cadangan utk di adakan solat hajat selama mana yg patut bagi memohon doa kpd Allah swt semoga saudara kami Lan segera sembuh dari kesakitan yg dialaminya itu. Alhamdulillah, berkat dari hubungan kami yg rapat yg bagaikan saudara sendiri, tlh menjadikan segala yg dirancang berjln dgn lancar, atas usaha kami sendiri dan pastinya tidak akan terlaksana tanpa doa yg dipanjatkan setiap hari kpd Allah swt.

 soalan hajat dilakukan sendiri ahli KEBAS dan diimamkan olh imam berdktan


 gambar diatas : ahli KEBAS melakukan solat hajat



Pakar dihospital tersebut yg merawat Lan, sering mengingatkan kami agar sentiasa kelihatan ceria dan beri sokongan kpd beliau supaya beliau tidak merasa tertekan dgn apa yg dihadapi. Untuk itu, setiap hari selama mana Lan berada di hospital, kami akan sentiasa menziarahi beliau utk memberikan sokongan agar beliau segera sembuh. Kami akan lakukan apa shj demi anak-anak belia kami yg sudah sebati sesama mrk sbg keluarga sndri. 

Walaupun tiada peruntukan diberi, tetapi kami sedaya upaya mencari dana itu sendiri tanpa mengharapkan ihsan dari mana-mana pihak pun. Bak kata pepatah.. "DIMANA ADA KEMAHUAN, DISITU PASTI ADA JALAN".. berbekalkan pepatah itulah kami berusaha membantu beliau semana yg kami mampu bagi meringankan bkn shj sakit beliau, tetapi juga membantu keluarga beliau bagi membayar bil hospital, makanan beliau dan sbgnya.

Semoga Lan  kembali sihat seperti sediakala ... amiinn.

Terima Kasih Kerana Mengikuti Kami

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ 2014 K.E.B.A.S. ALL RIGHT RESERVED