KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA ini telah ditubuhkan pada 4hb December 2013 dan ianya telah di anggotai oleh ramai anak-anak belia yang berkaliber serta yang mempunyai motivasi yang tinggi serta berinovatif dan berfikiran positif didalam mematangkan perjalanan kehidupan mereka. Berpusat di Keramat Setiawangsa Kuala Lumpur dan sedang rancak melakukan pelbagai aktiviti bagi memenuhi jadual yang tersedia ada.
PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB
President / Pengasas KEBAS
Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.
Mengayuh perahu menuju ke muara
Perahu diisi penuh sarat
Buktikan pada masyarakat dan negara
Wawasan belia wawasan bermanfaat
Buah kuini ranum mengharum
Isinya kuning manis rasanya
Bersatulah belia segala kaum
Satu Malaysia gagasannya berjaya!
Sekian, terima kasih
"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"
Ikhlas dari saya,
Sekian.
Thursday 9 October 2014
KEBAS & PPIM
Kami telah berkesempatan ke pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan telah bertemu sendiri dengan Datuk Nadzim Johan. Di kelapangan ini kami telah berkesempatan juga membincangkan beberapa perkara mengenai program jalinan usahasama yang akan di jalan kan bersama kelab belia kami. Sungguh berbesar rasa hati kerana kami telah di berikan satu surat perlantikan sebagai rakan kerjasama dalam melaksanakan Program Penerangan & Soal Jawab Rasionalisasi Subsidi dan Apa Itu GST?
Labels:
KEBAS & PPIM
No comments:
Post a Comment