KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA ini telah ditubuhkan pada 4hb December 2013 dan ianya telah di anggotai oleh ramai anak-anak belia yang berkaliber serta yang mempunyai motivasi yang tinggi serta berinovatif dan berfikiran positif didalam mematangkan perjalanan kehidupan mereka. Berpusat di Keramat Setiawangsa Kuala Lumpur dan sedang rancak melakukan pelbagai aktiviti bagi memenuhi jadual yang tersedia ada.
PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB
President / Pengasas KEBAS
Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.
Mengayuh perahu menuju ke muara
Perahu diisi penuh sarat
Buktikan pada masyarakat dan negara
Wawasan belia wawasan bermanfaat
Buah kuini ranum mengharum
Isinya kuning manis rasanya
Bersatulah belia segala kaum
Satu Malaysia gagasannya berjaya!
Sekian, terima kasih
"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"
Ikhlas dari saya,
Sekian.
Sunday 1 March 2015
PROGRAM RIADAH MENAIKI GUNUNG TELAPAK BURUK
PROGRAM RIADAH MENAIKI GUNUNG TELAPAK BURUK
Satu xpdc telah dilakukan bersama belia KEBAS diJelebu telah dijayakan dengan baik sekali. Program yang telah dirancangkan dengan kemas ini telah berlangsung selama sehari. Setelah selesai mendaki gunung tersebut, kami juga telah mengadakan program sukan bersama belia di Felda Titi bagi memenuhi waktu-waktu yang tersedia ada. Alhamdulillah program telah dijayakan dengan jayanya. Terima kasih kepada ahli KEBAS kami dari Jelebu kerana telah berjaya mengaturkan program seawal pagi hingga ke akhirnya.
No comments:
Post a Comment