KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA ini telah ditubuhkan pada 4hb December 2013 dan ianya telah di anggotai oleh ramai anak-anak belia yang berkaliber serta yang mempunyai motivasi yang tinggi serta berinovatif dan berfikiran positif didalam mematangkan perjalanan kehidupan mereka. Berpusat di Keramat Setiawangsa Kuala Lumpur dan sedang rancak melakukan pelbagai aktiviti bagi memenuhi jadual yang tersedia ada.
PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB
President / Pengasas KEBAS
Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.
Mengayuh perahu menuju ke muara
Perahu diisi penuh sarat
Buktikan pada masyarakat dan negara
Wawasan belia wawasan bermanfaat
Buah kuini ranum mengharum
Isinya kuning manis rasanya
Bersatulah belia segala kaum
Satu Malaysia gagasannya berjaya!
Sekian, terima kasih
"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"
Ikhlas dari saya,
Sekian.
Sunday 1 March 2015
KEBAS & GALAXY TV9
Satu kenyataan telah pun dibuat berhubung dgn isu penipuan yang terjadi didalam Kelab Belia kami, dimana setelah sebuah program dijalankan, kutipan hasil dari program yang kami laksanakan itu tidak sampai ke meja akaun kami. Dan ianya telah didalangi oleh seseorang yang dipercayai. Oleh kerana tidak mahu ianya terus menular kepada belia-belia yang lain, kami telah tampil kehadapan bersama dengan laporan polis yang telah dibuat dan ianya juga telah kami paparkan di media elektronik serta media-media massa agar menjadi pengajaran kepada persatuan-persatuan yang lain supaya tidak ditipu oleh orang-orang yang sebegini. Terima kasih kepada pemberita yang mengambil liputan serta peka dengan gejala-gejala yang boleh merosakkan minda belia ini.
No comments:
Post a Comment