KELAB BELIA ANGKATAN SATRIA ini telah ditubuhkan pada 4hb December 2013 dan ianya telah di anggotai oleh ramai anak-anak belia yang berkaliber serta yang mempunyai motivasi yang tinggi serta berinovatif dan berfikiran positif didalam mematangkan perjalanan kehidupan mereka. Berpusat di Keramat Setiawangsa Kuala Lumpur dan sedang rancak melakukan pelbagai aktiviti bagi memenuhi jadual yang tersedia ada.
PERUTUSAN PRESIDENT / PENGASAS KELAB
President / Pengasas KEBAS
Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS) dan seluruh ahlinya kerana berjaya menghasilkan LAMAN WEB serta Facebook Kelab Belia Angkatan Satria. Ucapan terima kasih juga diatas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan diruangan ini. Kelab Belia Angkatan Satria ini telah banyak melakukan pelbagai aktiviti dan telah pun dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua ahlinya yang telah melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi belia yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi Negara amnya. Oleh itu saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, para golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.
Mengayuh perahu menuju ke muara
Perahu diisi penuh sarat
Buktikan pada masyarakat dan negara
Wawasan belia wawasan bermanfaat
Buah kuini ranum mengharum
Isinya kuning manis rasanya
Bersatulah belia segala kaum
Satu Malaysia gagasannya berjaya!
Sekian, terima kasih
"BELIA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"
Ikhlas dari saya,
Sekian.
Wednesday 20 April 2016
MESYUARAT AGUNG KELAB
Alhamdulillah selesailah sudah mesyuarat pd kali ini. Jutaan penghargaan kpd President yg juga merupakan pengasas kelab iaitu Puan Syakiella Hashim dan Pengerusi kelab Encik Saiful Azril dgn perkongsian agenda mesyuarat pd kali ini. Begitu bnyk perancangan dn perlaksanaan yg tlh dirancangkan bagi mengerakkan jentera2 muda ini. Semoga apa yg tlh dibincangkan itu akan dpt dilaksanakan dgn jayanya in shaa allah. Kpd ahli2 yg tlh meluangkan masa pd kali ini admin mengucapkan syabas dn juga tahniah diatas komitment jitu yg tlh diberikan. Jadilah belia yg disegani dn disygi. Andalah juga yg akan menentukan negara kita dimasa hadapan!
No comments:
Post a Comment